Sunday, July 11, 2010

Daun Stevia Merawat Kencing Manis


Stevia merupakan sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis.

Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Bagaimanapun namanya kini mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu , apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan sangat berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

Stevia adalah pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

Selain itu , Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.

Sunday, May 30, 2010

~ mErdEkA ~

Hye guys.. Akhirnya aku kembali selepas hampir 2 minggu mendiamkan diri dalam dunia blogger.. Lately
im kinda busy with my final exam.. Tak sempat nak log on laptop asyik dengan revision subject jur.. 

Final exam dah lepas.. Alhamdulillah, boleh la jawab tp ada certain paper yang aku xsure sangat leh jwb mcm subject oftalmologi dan epidemiologi pekerjaan. Soalan die mmg killer sikit. Banyak memerlukan kita memerah otak.. Apa2 pun aku berserah jela, benda dah lepas kan. Aku pon dah cuba yang terbaik. Yang selebihnya aku berdoa dan redha jela pada tuhan..

Malam tuh aku ngan kekawan aku plan makan malam kt Restoran Satey Malaysia.. Actually kami memang dah plan nak makan situ cuma xda masa je. Semua busy dengan kuliah so final dh abis boleh la keluar sekali.  About this restaurant, boleh dikatakan restoran neh agak familiar dan famous jugak lah di sekitar Bandaraya Kota Bharu.. 

Orang cakap satey die sedap n harga masakan di restoran tuh agak berpatutan lah.. Nak tahu sedap ke x, memang sedap sangat2! Kami order satey ayam 60 cucuk dan topup dengan nasi himpit untuk 5 orang makan. Mak oii besar sungguh isi satey dier dengan nasi himpit dia bagi bukan kemain banyak.. Abis dekat RM67 jer so sekepala lebih kurang RM10 jer termasuk sekali dengan masakan nasi goreng n lain2.
Sedap sangat... Kenyang giler! Balik kolej kol 10 terus tido kekenyangan macam ular sawa.. Haha

 ~ Continue ~


Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu!

Selamat Hari Ibu kuu tujukan kepada ibundaku WA AZIZAH BT NOOR. Maafkanlah daku andainya anakmu ini telah mengguris hatimu 
dengan kata-kata atau perbuatanku.. Jasamu mengandugkan ku, melahirkanku, dan menjagaku sehingga menjadi seorang yang bergelar insan xmungkin dapat ku balas.. 

Terima kasih atas segalanya ibu!





Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...


Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

~ kErEtA idAmAn ~

 Hobi melakukan pengubahsuai pada kereta (modifikasi) amat popular 
di kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Ianya dipopularkan oleh
negara Jepun dan juga Eropah. Kadang-kadang aku terpikir jgak 
kenapa individu-individu (terutamanya lelaki) gemar sangat tentang kereta ni terutama dari 
segi modifikasi luaran (body), dalaman (enjin) dan juga dari segi set audionya. 
Dari kereta yang bersaiz compact hinggalah ke jenis sport. Bagi sesetenah individu, 
biarlah terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit sekalipun semata-mata untuk kereta asalkan 
mendapat kepuasan yang maksimum. Lain orang lain pula pendapatnya. 

Bagi aku, modifikasi luaran iaitu dari segi body sudah cukup kerana 
tidak perlu mengeluarkan wang yang begitu banyak. 
Tapi bila pikir balik, daripada kita habiskan wang beribu-ribu ringgit untuk 
melakukan modifikasi kereta lebih baik kita habiskan duit beli sebuah kereta
yang sudah lengkap dan sistem dalaman dan luarannya. Itu bagi pendapat aku lah, 
pendapat korang pulak mungkin berbeza. 


Di bawah ni aku listkan kereta idaman aku.


PERODUA KANCIL - MIRA




PERODUA MYVI - PASSO 




SUZUKI SWIFT



HONDA JAZZ - FIZZ




NISSAN SILVIA





NISSAN SKYLINE GTR




HONDA CIVIC EK




MITSUBISHI LANCER EVO



MAZDA RX7


Penyakit Anaemia

Orait guys, kali ni aku post topik yang ada kait dengan kesihatan. Just for info untuk semua harap membawa manfaat kepada semua.

Apakah Anaemia?
Ianya adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Punca Terjadinya Anaemia?

Ada 3 faktor yang menjadi kemungkinan anaemia iaitu.

1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik) 
  • Kehilangan darah akut terjadi semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah. 
  • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan. 
2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum
  • Kekurangan faktor penting mineral : zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin. 
  • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
  •  Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah. 
  • Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.  
  • Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.
3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan 
  •  Anemia disebabkan kekurangan zat besi. 
  • Talasemia 

 Simptom dan Gejala

  1. Letih lesu
  2. Pening
  3. Sesak nafas apabila melakukan aktiviti
  4. Pucat
  5. Kadar degupan jantung yang cepat
  6. Kurang daya ingatan
  7. Kurang berat badan

Komplikasi
  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang 
dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

Rawatan
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, 
rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.

  • Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C 
untuk membantu penyerapan zat besi.
  • Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Friday, May 7, 2010

Doa Untuk Orang Bercinta


Tuhanku...
Seandainya telah kau
takdirkan dia milikku, terciptalah buatku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
agar kebahagian ini kekal abadi

Tuhanku...
Seiringkanlah kami mengharungi hidup ini
Ketepian yang sejahtera
Tetapi tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya dia jauh dari pandangaku
Luput dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kecewa

Tuhanku yang Maha Mengetahui
Berilah aku kekuatan
Melontar bayangan ke dada langit
Hilang bersama senja merah
dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia walaupun tanpa dirinya

Tuhanku yang Maha Pencipta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Biar sekuat manapun aku menyintai dirinya
aku pohon agar Tuhanku
melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Tapi sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk ku
ku pohon agar takdir
Kuatkan kasihku padanya
selagi tidak melebihi kasihku pada-Mu


Hakikat Percintaan

Percintaan..
Di dalamnya terdapat 1001 kemungkinan
Kebahagian, kekecewaan dan penderitaan
adalah sebahagian isi kandungannya
Setiap insan inginkan kebahagian dan keindahan
tetapi siapalah kita untuk menentukan

Percintaan...
Mengapa mesti adanya kegagalan
Mungkin ia sudah satu suratan
Setiap insan yang berpasangan pasti akan merasai perpisahan

Percintaan...
Dikau memberi pengalaman dan pengajaran...
Oleh itu sedarlah setiap insan
Mencintai sepenuh jiwa bukannya suatu jaminan
Tetapi ia lebih kepada suatu kekeliruan

Percintaan...
Tiada yang lebih indah melainkan cinta kepada Tuhan
Diri sendiri dan keluarga tidak harus diabaikan
Mungkin itulah hakikat percintaan
Janganlah terlalu mengharapkan cinta seorang insan


** 7 Mei 2010 @ 11.58pm

Saturday, April 3, 2010

.: Kenari Terbang Tinggi :.


Aku mengucapkan ucapann setinggi-tinggi tahniah
kepada skuad bola sepak Kedah kerana telah melayakkan diri
ke perlawanan akhir TM Piala FA bertemu Negeri Sembilan pada Sabtu, 10 April 2010 ni!

Setelah aksi terumbang ambing dalam Liga Super, anak didik Ahmad Yusof
telah membuktikan kemampuan mereka apabila menang ke atas Terengganu
dengan agregat 4-1. Terlebih dahulu Kedah berjaya menundukkan Terengganu 2-1
di Stadium Darulaman malam td.

Jaringan Khairul Helmi Johari, Mohd Shafiq Jamals sudah cukup untuk membawa Kedah
Bukit Jalil mestipun jaringanWan Mohd Aliff pada minit ke-42
sekadar menjadi sagu hati buat Terengganu.

Chayok2 buat Kedah! Pakat ramai-ramai kita turun ke Bukit Jalil!

.: Al- Fatihah Atas Pemergian Din Beramboi :.



Al-Fatihah buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ abg Din Beramboi
kerana telah pergi selamanya mengadap Illahi.

Kita cukup maklum arwah cukup terkenal sebagai seorang penyampai radio. Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak

Pemergian arwah memang mengejutkan dunia hiburan tempatan. Arwah sebelum ini empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Aku dapat tau berita ni pon petang tuh selepas lepak makan dengan member aku. Ingatkan main2 ja pastu bila tnya kak aku, dia pon cakap benda yg sama. Memang sah la tuh..


Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong.


Mior Ahmad Fuad Mior Badri
22 Disember 1966 - 2 April 2010