Saturday, April 3, 2010

.: Kenari Terbang Tinggi :.


Aku mengucapkan ucapann setinggi-tinggi tahniah
kepada skuad bola sepak Kedah kerana telah melayakkan diri
ke perlawanan akhir TM Piala FA bertemu Negeri Sembilan pada Sabtu, 10 April 2010 ni!

Setelah aksi terumbang ambing dalam Liga Super, anak didik Ahmad Yusof
telah membuktikan kemampuan mereka apabila menang ke atas Terengganu
dengan agregat 4-1. Terlebih dahulu Kedah berjaya menundukkan Terengganu 2-1
di Stadium Darulaman malam td.

Jaringan Khairul Helmi Johari, Mohd Shafiq Jamals sudah cukup untuk membawa Kedah
Bukit Jalil mestipun jaringanWan Mohd Aliff pada minit ke-42
sekadar menjadi sagu hati buat Terengganu.

Chayok2 buat Kedah! Pakat ramai-ramai kita turun ke Bukit Jalil!

.: Al- Fatihah Atas Pemergian Din Beramboi :.



Al-Fatihah buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ abg Din Beramboi
kerana telah pergi selamanya mengadap Illahi.

Kita cukup maklum arwah cukup terkenal sebagai seorang penyampai radio. Allahyarham juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak

Pemergian arwah memang mengejutkan dunia hiburan tempatan. Arwah sebelum ini empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Aku dapat tau berita ni pon petang tuh selepas lepak makan dengan member aku. Ingatkan main2 ja pastu bila tnya kak aku, dia pon cakap benda yg sama. Memang sah la tuh..


Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong.


Mior Ahmad Fuad Mior Badri
22 Disember 1966 - 2 April 2010