Orait guys, kali ni aku post topik yang ada kait dengan kesihatan. Just for info untuk semua harap membawa manfaat kepada semua.
Apakah Anaemia?
Ianya adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.
Punca Terjadinya Anaemia?
Ada 3 faktor yang menjadi kemungkinan anaemia iaitu.
1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik)
- Kehilangan darah akut terjadi semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum
- Kekurangan faktor penting mineral : zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
- Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
- Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.
3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan
- Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
- Talasemia
Simptom dan Gejala
- Letih lesu
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti
- Pucat
- Kadar degupan jantung yang cepat
- Kurang daya ingatan
- Kurang berat badan
Komplikasi
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
- Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang
Rawatan
- Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia,
- Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.
- Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C
- Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.
No comments:
Post a Comment